Atopic aczema

Mlm ni terkelip2 lg asyik duk search pasal eczema ni... Bimbang rasanya..
Maklum la baru blk dr klinik mohd sulaiman kat jln tok lam kuala terengganu... Org kate dia pakar kulit..kene pegi ptg sbb doc tu ade ptg je.. Huhuuuu.. Ok dipanggil nye nama terus masuk.. Doc plak.. Nmpak je adik terus bgtau adik sakit ape.. Huhuuu.... Baca kat bawah eh.. Dr keturunan???aduiii...sempat lg doc tu tengok lengan aku yg berkudis ni.. Tp mmg betul.. Mase kawen dulu aku kene scabis... Bertahan ngn ubat zrytec 10mg je... N till la peknen ku kurangkn dos.. Amik loradatine 5mg.. Mmt berkesan la.. Huhuuuu sbb tu kot adik kene eczema.. Sory ya adikkk...
Ok. Satu persatu diberi penerangan.. Ant pantang..
1. Suhu.. Adik tkboleh panas or terlalu sejuk dlm econ pun kene 24darjah ke atas.. Patot la...
2. Jauhkn dr sbun basuh.. Sabun mandi.. Guna sabun j&j je . sebamed pun tak boleh.. Patot laaaa....
3. Pantang mkkn... Adeiii yg ni susah ni
4. Jgn bg garu
5. Ape lg ek... Cepat lupa la.... Jauhkan seafood...

Ok keluarla.. Abg bg 150.. Tp aku da spare 400 huhuuu...
Time amik ubat. Nah hamik kau... 260.. Aduiii.. Nasib baik spare..

Apa itu Eczema??
ECZEMA merupakan penyakit kulit yang biasa diamai dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak dikecuali.

Penyakit eczema biasa berlaku dikalangan kanak-kanakberumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis".

"Atopic" adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "Oversensitivity".

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa.

Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-Gejala Eczema.

ACUTE ECZEMA
- Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
-Papules : pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK
-Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
-Kulit menebal kasar dan berkedut.

Punca -Punca Eczema
Sehingga kini punca sebenar penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya.Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetus Eczema seperti berikut:

Faktor-Faktor Dalaman ( Fizikal )
- Ahli keluarga yang mempunyai serajah yang mengalami penyakit eczema, asma dan allergi.
-Perubahan emosi ketara atau stress.
-Pemakanan atau minuman spt alkohol, produk tenusu , gandum , telur , makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor - Faktor Luaran ( Persekitaran )
- Bahan- bahan Iritasi : asap rokok, bahan kimia, Cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
- Alahan ( Allergens ) : Sabun , Syampu , serbuk bahan pencuci , kosmatik , kulat , debunga, haiwan peliharaan dan hame habuk rumah.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.
Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen
Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.
Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.

Rawatan Alternetif adalah perlu selain pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi steriod yang banyak.
Di shaklee terdapat set vitamin yang mempu mengawal keradangan Eczema.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut , boleh hubungi saya .

[Resipi] Kek Coklat Kukus

Resipi Kek Coklat Kukus Simple!
Oleh:Farrah Ffa
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bhn2 utk lapisan kek coklat:
1 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
3 biji telur (pukul smpi kembang n gebu)
1 cwn tpg naik sendiri (boleh guna 3/4 cwn if mahukan kek coklat lbh moist)
Cara2:
1.Campurkan semua bhn di atas kecuali telur dan tpg naik sendiri. Masak atas api yg kecil.kacau sebati.bila da masak, ketepikan dan sejukkan.
2. Bila dah sejuk, masukkan telur yg dipukul.kacau sebati.kemudian masukkan tpg naik sendiri. Kacau lg smpi tiada tepung yg berketul-ketul.(boleh tapis kalau ada tepung yg ketul2 tu, lagi cantik tekstur kek nanti)
***if guna tpg gandum, tambahkan 1 sdt baking powder & 1/2 sdt soda bikarbonat

Untuk topping:
1 cwn coklat masakan
2 sd besar margerin/planta
1/2 cwn susu pekat

Cara: campurkan semua bahan ke dalam periuk.masak menggunakan teknik double-boil (1 periuk berisi air kat bawah, periuk coklat masakan kat atas).biarkan sejuk dulu baru tuang atas kek ye..

[Resepi] Bahulu

Bahulu
Oleh:Suriani Osman
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
* 4 biji telur
* 1 cwn gula halus
* 1 sdt esen rose
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Pukul telur bersama gula hingga kembang
Masukkan esen rose
Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
Sapu acuan dengan minyak masa, panaskan acuan dlm oven. Masukkan sedikit adunan dalam acuan.
Bakar suhu 180' selama 10 minit atau bergantung pd oven masing2

selamat mencuba!

[Resepi] NUGGET AYAM ABANG WAN



NUGGET AYAM ABANG WAN
Oleh:Cigu Naz
Like:www.facebook.com/bukuresepi

2 ketul daging ayam bahagian dada (anggaran 500 gram) - dicincang 
Sekeping tauhu putih - dicincang (boleh juga guna tauhu lembut)
2 biji telur - dipukul
6 keping roti gardenia - dibakar dan dikisar halus (boleh juga guna serbuk roti putih yg telah siap dijual dikedai)
Bread crums(oren) secukupnya
Sesudu kecil serbuk lada sulah dan lada hitam
Garam

Cara penyediaan :

-Satukan ayam, tauhu putih, 5 sudu roti gardenia yg telah dibakar dan dikisar(selebihnya simpan), serbuk lada hitam dan lada sulah serta garam secukup rasa.(perap sebentar)
- Bentukkan ikut suka kemudian celup dalam telur dan salut dengan lebihan roti gardenia yg telah dibakar dan dikisar tadi.
- Celupkan sekali lagi ke dalam telur dan salut pula dengan bread crums(oren).
- Goreng secara deep fry atau boleh juga disejuk bekukan utk disimpan.

Tips:
- Pastikan adunan kering dan jangan tambah air langsung.
- Jangan masukkan lemak atau kulit ayam.
- Untuk rasa ayam sebenar elakkan dari campurkan tepung sebaliknya letak tauhu untuk lebih gebu.
- Jangan dibentuk terlalu tebal.
- Untuk lebih sedap boleh tambah kiub pati ayam dan sayuran mengikut cita rasa masing-masing.
- Perisa boleh dipelbagaikan seperti tambah serbuk kari untuk lebih pedas atau boleh juga ditambah cheese mengikut kreativiti masing-masing.

[Resepi] Bebola cheese ala KFC (Home made)

Sumber dr Fb Buku Resepi

Bebola cheese ala KFC (Home made)
Oleh:Eyra Amira Farhana
Like:www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN2:
1-350 gram ubi kentang( direbus dengan sedikit garam dan gula secukup rasa)
2-250 gram tpg gandum( saya guna sehingga adunan sebati ja dan mix sedikit tepung jagung untuk bagi rangup)
3-5 biji telor( saya guna 1 ja sebab ubi kentang sikit,bergantung jumlah ubi kentang yang digunakan)
4-serbuk lada( saya tak guna sebab dah habis..huhu)
5-250 gram keju yang dipotong dadu
6-serbuk roti secukupnya

cara2:
1- ubi kentang yang direbus tadi dilenyek sehingga hancur( blender ja senang..hehe)
2-tabur lada,tepung sehingga sebati
3-ambil adunan sebesar bebola leperkan dan masukkan keju ditengah dan bulatkan( seperti dalam gambar)
4-golekkan dalam serbuk roti
5-golekkan dalam telor yang telah dipukul
6-kemudian golekkan sekali lagi dalam serbuk roti sehingga semua bersalut rata
7- gorengkan dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keperang perangan dengan api yang sederhana sebab serbuk roti cepat hangus nanti
8- angkat dan boleh dimakan dicicah bersama sos cili.

Fawwaz meniarap

Yeayyyyy adik da boleh niarap tanggal 23.12.2013 umurr nyaaaa silakira yeee...ni ha skill adik memula nk niarappp

11.12.13

Sajenk post...sbbtarikhcun... Stat 9.12 ritu adik da kene letak kat pengasuh.. Anak kak na.. Huhuuu.. Sedih tengok bile nk tinggalkan adik.. Adik plak mesti pikir.. Knape ibunye tinggal kan kuu.. Huuu sedihh.. Lepas tingal cepat2 lari.. Tk sangup tengok..mau saje brenti kijeeee tppppp....

SCR 6 kereta pertama adik

Assalamualaikummm... Da msuk 3 bulan pun... Tup..tuppp ni haaaa  hadiah adik sempena 3 moon...
Best la aik dpt kereta. Honda plak tu.. Ibu pakai myvi je... Ayah kelisa sekeng... 

Alkesah nyeee pegi ke kb.. Nk bali baju adik maklum la semua da ketat2... So skli la servey kete adik... Ayah g kat parkson.. Mcm2 rege ad. Tp diriku tertarik pd scr.. Tengok regeeee  600 uuhh.. Mane mungkin abg nk bli.. Mahal gileee... Abg nk beli yg 200 je.. Cuba pujuk hati... Huhuuu dlm hati.. Kalau abg beli yg 200 mau kumpul duit nk dptkn jugak yg scr ni.. Huhhh punye azammmm


Sonk servey lg.. G kat anakku... Ok la jugak. Try lg kat si manja blakang tedco kota baru... Kat sini lg banyak stoller.. Huhhh rambang mate.. Tengokkk ade lg scr ni.. Nyampahhhh

Bg berkenan lg yg rege 200 tu.. Haishhh... Aaaa tp mau scrrr.. Tp abg cam paham je... Bini die nk scrrr.. Last2 decideee.... Scrr.. Yeayyyyy dpt jugak penuhi impaian syy... Rege nye 559... Adik pun tersenyum riang tengok ibu nye gumbira... Tq ayahhhh

Resepi : almond flake

Jumaat hari ni.. Sambil asik tido ibu buat bende niii.. Lama da nk buat pojek ni hri ni baru jd....  Tepung tu da lama beli... Abg belikat johor... Jauh tuuu...

Ni resepi nye...

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Fawwaz todeeyyyy 14.11

Baru teringat kerusi congek adik ade ank patung ni.. Ralik skit adik duk atas tu...

Krim Ezerra vs Bedak Berubat Pureen

Rajin plak aku post crite ni.. Sejak fawwaz berjga mlm sambil menyusu.. Ku update crita supaya tk ngantok.. Huhuu..  Ni klinik ke 3 aku g utk rawat fawwaz  kali ni..

Pertama klinik perubtan intan (panel tnb) dpt ubat candacort
Kedua ... Aziz zain (panel tnb)
Dpt sebamed(special healing cream)
Ketiga... Klinik pakar darul iman
Bukan panel.. So mau kene rm40 utk air liur die..hihihiii.. Dpt la ubat Ezzera tu.. Padahal kat farmasi boleh je beli..huhuu..

Tak jd jugak.. Lg 'dene' ade la leher fawaz ni..

So tk tau da nk letak ape.. Nasib baik ptg tu kak tie dtg umah.. Bgtau letak je bedak banyak2.. Nnt air bisa dia resap la.. Nk tak nk terpaksa la akur.. Huhuuu... Sebotol kecik aku letak di leher fawwaz.. Bedak tu jd tongkol je ku letak yg len.. Sampai la air leher dia tu kering.. N sampai la bedak cornstarch tu abess.. Huhuuu.. Esokkan terus beli yg lain..

2 hari berllu.. Alhamdulillah leher fawwaz da tak de ruam lg.. Patot percaya pada kakakku ini... .. 

Botol susu pigeon

Assalam.. Tara da masuk 2 bulan.. Maka abisla cuti pantang ku.. Huhuu.. Fawwaz plak camner.. Haish.. Hari2 terakhir pantang fawwaz tk nk plak hisap boto avent tu.. Dulu ok je.. Aduuiii adikkk kenapa niii... Pas cucuk terus g jerteh cari puting lain.. Mak kate puting doktor baby tu ok.. Beli la kat kedai shakri... Nasib baik ade... Okeh.. Jom blik.. Teruja.. Blk umah terus bg.. Tp.. Alamakkk.. Tk mau jugakk.. Ok fine..
Terus wasap mekk.. Tanye die.. Rupenye anak nye yg iman pun sama.. Dia bg puting brand pigeon..siap sent pic lg camn.. Okes. Terus g kedai bby kat kt..

Xiri kiddy house
39 jalan sultan ismail
Terengganu.

096317742

Kedai nye depan bank islam kt..

Ni ha rupe nye 

 Mel kate yg ade plus tu paling lembut..
Rm 55.. Mahal nye adikkk
Ni puting saje.. Rm13 satu
Yeayyyy.. Adik da boley minum tanpa muntah... 

Cita cintun2 fawwaz 2 bulan..

As salam senua. Nk bercerita lg utk tatpan ku nnt.. Sdan juga anak ku fawwaz bila besar nnt..

2.9.13.. Yey. Adik da 2 bulan tau..so ibu kene msuk keje la adikk.. Adik kene duk ngan tok ek.. Ibu pun susah hati tkot adik tk minum susu dlm botol...
Ayah sampai pg ni adik.. Ok jom kita ajak ayah pegi cucuk adik. Ibu tk nk pegang adik.. Tk smpai ati nk tengok adik kene cucuk.. So ayah yg pegang adik... Ok adik.. Pas kene cucuk jom kita g kb ek..jln2.. Ibu lama da tunggu ayah blk nk jln2..

Fawwaz dan ibuu... Cantik tak ibu...hahaaa.. Fawwaz lg hensemkn..
Bergaya jap sblm blk kg abg... 
Sori adik. Ibu tengok gamba ni lawa la.. Ibu je lawa.. Hihii.. Saje nk bgtau. Ni baju dr thepoplook.com heehe aftter peggy pun ibu nk pakai lg baju brand ni.. Berbaloi.
 Ni regenye 69

 Ok kan.. Ade kancing utk breastfeed..
Taraaaa... Ayah fawwaz...  Suke la die blk kg dia... 

Fawwaz sakit yg merunsingkn ibu..

Tak tau knape leh jd camni.. Mak kate air susu kot.. Sbb air susu ni bisa.. Dia panas.. Tp seminggu da lpik ngan kain.. Still lg tk ok.. Ni bukan kes air susu dah ni... Risau ibu.. Ayah ajak g klinik perubatan intan.. Pegi la.. Cek skali ngan ibu.. Alhamdulillah.. Doc kate luka da ok.. Rahim pun da ok.. Doc bgtau serba sikit pasal perancangan.. N oc bgtau kalau yg kedua nnt tk boleh da nk branak kat private. Kene g gomen.. Takot ape2 terjadi.. Sekiranya boleh normal.m baru la ke3 nnt boleh private.. Saje je tnye2 brpe kos klau besalin sini. 1700++ jugak la..
Da ketagih nk g private la plokkk.. Hihiii tq abg... Nasib baik ade panell...

Ni ubat yg doc kat intan bg...
Ni ha leher fawwaz... 
Alololoooo sian fawwaz.. Maaf ek adik.. Ibu dabuat yg terbaik dah kat adik.. Tp adik kene sakit jugak.. Tp adik kuatkn kn.. Laki kene kuaT dikk

Fawwaz... 1 month...

Wan Muhammad Fawwaz ~~ 1 bulan

Yeay ayahhh.. Fawwaz da 1 bulan... Misi bgtau berat 4.8kg.. Wow.. Berat. Hasil isap susu ibu kan.. 
Sebagai hadiah nye.. Nah..

Kne inject..hihiii cian fawwaz kn.. Tp utk kebaikkan jugak.. Ibu fawwaz plak 57 kg.. Turun 2 kg sblm peknen ritu.. Wah.. Dptkah turunkn lg smpai 50kg ketika aku frust cinta dulu..hihii... Kite tunggu n lihat yeeeaaa..

Hot BOX kamiiii

Nl kongsi hot box sy... Brg ni slalu dipelukan..

ni ha.. Rujukan utk para bakal ibu.. Hehee..
Ayah belikan stok utk sebulan.. Saiz s dan m. Nampak cam da ketat saiz s tu rege.. 35 kat mydin.
 M80

Breast pump AVENT

Be r Bercerita plak pasal breast pump.. Alhamdulillah.. Sy boleh menyusu ank sy dengan baik.. Tp ade gak masalahnye.. Hari ke3 tu.. Nipple melecet.. Huhu.. Sakit nyee.. Yh belah kiri je.. So nk elakkan dr sakit.. Terpaksa la nyusu belah kanan je.. Tp mak plak marah.. Mak kate.. Kanan air.. Kiri nasi.. Baru la baby kenyan.. Aduii..
Try tanye mel.. Mel kate try beli cream utk niple... Ni rupenyeee


Takpun try letakan susu kite kat melecet tu.. Tak jd.. Huhuuu... Sakit lg... 
Google..punye google.. Ade la.. Flm fb.. Nurizshop.. Die jual skali ngan breast pump.. So ape lg.. Beli la.. Breast pump 160 + cream 25  + bottle avent newborn 2 50.. Beria la mintak duit ngan abg.. Bgtau gtu la gni la.. Sakit la... Yeay.. Dpt pun.. Terus order.. 
Tq abg... Heheee...

Bercerita plak pasal pump.. Fisrt pump sakit la sbb nipple melecet.. Tp belah kanan.. Huhhh.. Best.. Tak sakit.. Nasib baik tak bengkak susu lg.. Org kate sakit.. Ok. Tiap pg mesti pump.. Tp tak buat stok lg.. Nnt nk dekat masuk keje nk pump la buh lm peti ais..
Tiap 2 jam mesti nyusu.. Alhamdulillah.. Susu sy meriah sgt... Memancut Mancut.. Erm.. Minum horlick kot.. Koko kurma.. Tp tk tau nk caya ke tak.. Hihii tawakkal.. 




Bersalin di KBMC

Assalamualaikum... da lama tak post crite kat sini....  nak tahu.. skrg ngah pantang.... hehehee.. cepat je masa berlalu kan.. kawen.. 17.11.12.... sah peknen sebulan lepas tu.. due kalau ikot period 15.9.13.. tp bile g scan due plak bertukar.. 03.09.13..haih.. mane satu ni nk ikot... memula ikot 15.9 tu... 
sepanjang peknen alhamdulillah sy tak de ape2 alahan pun.... badan pun menyerap naikkkk sampai la 10 kg..huhuhuhuuu...
ni nk crite pasal nk bersalin kat mane plak.. decide punye bincang.. nk beranak kat KBMC ni.. maklum la sy ade panel suami.. tp suami kate kalau normal die cover 1500 je utk normal.. ikot la.. kalau ikot k la kan..
pastu dengar plak mcm2 crite pasal kenek gomen ni... seram...
so CONFIRM nk KBMC.. 
buat la pemeriksaan kat kbmc.. 1st cekup ok lg..
n then 2nd plak... sy disahkan.. baby besar 3.4kg.. tak de la besar sgt.. tp time tu da 38 week.. boleh da kalau nk branak... takot nnt makin besar.. doc pun decide 03.9 due sbb tengok ngan baby tu dah besar sgt...huhuhuh
ok fine la terpaksa serah diri... 
23.7.13.. tp bile crite kat membe diorg tak bg.. sbb terlalu awl sy.. dlm hati sy.. takot sgt.. sy nk je branak slaluh.. takot sbb doc bgtau.. kalau baby besar nnt kene gunting banyak la.. czer la.. seram...
mcm2 sy kene kate...
last2 sy tangguh sulu sampai 2wek...
n 31.8 sy g la nyerah diri... huhuhuhu bermula la episod...




ni pakej utk KBMC... 




 31 ogos 2013 : cek in kat KBMC.. dpt bilik stancdard room.. nah kau... makanan cni.. sedap nyeee...

rilek2 dulu.... 
2.00pm : Doc dtg (Dr. LILY Fariza) incharge sy... ni salah sorg doc perempuan.. masuk ubat 9induce) kot lubang tu..huhuhu... memula die bgtau nk cek jln... erm.. sakit ke tak ni...
nurse ctu suh tarik napas.. sy ikot je.. takot gak.. takot sakit.. 1 cm... n terus masukkan ubat.. sakit la jugak.. tp... erm... tahan je la...
8.00 pm : doc mai lg.. masukk ubt kali ke 2 same je sakit nye.. 2 cm... huh...Ok tido dengan nyaman nye... 
1.9.2013.. 8am.. Aisey.. Terlepas 31 ogos.. Hujuuu.. Tak pe la..  Doc mai lg.. Dos yg ke3 dimasukkan.. Stil tak sakit ape lg.. 
Kul 11 siap turun bawah lg.. Mkn nasi lauk tomyammm best... 
6pm.. Dimklum kn.. Awk ni da lebih masa da.. Da boleh bernak da ni.. Jom masul labour room... Aiyakkk... Berdebar la plk.. 
6.30pm.. Dos ke empat dimasukkan lg.. Kali ni.. Air ketuban dipecahkan.. Tiub air kencing pun dimasukkan Aduii.. Sakit nye... Takleh ke kalau tak masukkan mcm2 alat ni.. Seksanye rase... Mase tu da mula pikir..Nnt anak kedua camni jugak ke.. Aiseyyy... Drip air.. Sakit la jugak.. 1st time dlm hidup.. Huhuuu...

kul 6..7.. Abg kate kul 9 beranak la.. Saje nk sejukkan hati..huhuuu.. Tenang skit ati skit.. Huhuuu..
kul 9..10.. 11.. Tak de tanda lg... Abg plak tubik masuk..tubik masuk bilik.. Last2 die plk tido katluar.. .. Mase tu nurse bg ubat tahan sakit.. Supaya sy tido.. Simpan tenaga utk teran nnt.. 
Kul 12.. 1.. Tak sakit lg.. Huju.. Doc dtg.. Bgtau.. Awk ni da lamq ni.. Tk kn nk tuggu Sampai esok.. Kita czer je la... Alamakkk.. Dlm hati ku.. allah saja yg tahu.. Pikir kos lg.. Huhuuu..  Nnt sy tanye suami sy.. Doc tolong gerakkan.. Nk tk nk.. Terima je la.. Huhuu.. Mase tu sayu je rasa hati.. Takot pun ade.. Mahal nyee.. Suami bg semangat lg.. 
Mak masuk.. Cium2.. Terharu plk rasa.. Doc plk.. Siapkan surat agreement suh sy sain.. 
1st kali tengok misi bawakkan sarung kepala... Aaaa tkot nyee.. Pakaikn.. Tukar baju
Dr kaler pimk.. Tukar kaler hijau... 
1.30.. Sy ditolak masuk ke bilik bedah.. Takot mcm tengok dlm tv je.. Masuk bilik first.. Mak n abg ade lg.. Masuk bilik satu lg. Da takleh masuk.. Sayu nye hati.. Mase tu mulut terkumat kmit slawat... Tp hati teringat kisah Org ln yg czer jugak.. Alhaldulillah tak de pe2 pun diorg..

Bermula la....

Mcm2 doc kat bilik tu tanye.. Awk ade lergic ubat tk.. Tk de.. N bius separuh ke penuh.. Nk penuh la doc.. Takot sakit.. Doc bgtau.. Doc penuh lg sakit.. Ok.. Kt bius separuh.. Mana2 yh terbaik la doc.. Sakit tk?.. Tk pun.. Sakit lg cucuk drip air kat tangan tu.. Ohh tak sakit la.. Okeh jwb ku selamba.. 
Mase tu dibangunkn.. Sbb die nk cucuk kat tulang belakang.. Takot nyeee.. Tp mcm2 die sembur ape ntah.. Sorg lg.. Peluk sy.. Maybe takot sy gelepar kot.. Tp alhamdullilah.. Tak sakit.. Ntah la.. Ke sy yg jenis tak sakit.. Orgkate sakit.. Doc tu pandai ko.. Pakai bius doc rujhan tak silap.. 
Pastu siap tanye lg.. Sakit tak ni kalau operate.. Doc bgtau.. Awk tak rasa ape pun.. Tp awk rasa tangan2 gtu je.. Doc tu plak rilek je nampk.. Sy lg la rilek.. Eh.. Awk ni tak sakit ke.. Sy tengok rilek je.. Tak sakit doc... Bagus la..
Ok.. Cuba angkat kaki.. Alamak.. Tak boleh la doc.. Ok.. Ubat bius da rasa.. 

Hojoo.. Bermula la... Sy sedar dn tak sedar je... Sejukkk... Tp tak nampak plak doc lalu llang.. Tetiba ade sorg dtg tolak perut sy.. Sambil mengucap... Allah maha besar.. masa tu Sy dpt rasa cam ade tangan diseluk.. Ras an ye babyKuar kot.. 
Dengarla tangisan baby... Ya Allah.. Smua da selamat... Nurse tunjuk.. N rapatkn muka baby ngn muka sy.. Sempat sy cium baby.. Baby boyyy... Pastu sy da tak pikir ape da.. 

Ntah ape dibuat.. 10 min da siap.. Sy dikluarkn dr bilik rehat. Dipanaskan kejp.. Badan mmg mengigil.. Tak tau la sbb kesan ubat bius or. Sy mmg takot sampai mngigil...

Kul 2.30.. Baru la ditolak masuk bilik sy... Tido.. Baby nurse yg jagakan..


Baby boy.. Ni kul 8am.. Misi bg sekejap suh tengok.. Putih.. 3.35kg..
Ok selamattt.... 
Baru dengar cerita.. Mak kate.. Mase sy dibedah.. Mak lk bilik solat hajat.. Abg?.. Ntah g surau kot solat hajat gak.. Abg dtg je kat bilik bedah.. Da dengar suara baby.. Kejap je mak kate... Alhamdullilah...