Atopic aczema

Mlm ni terkelip2 lg asyik duk search pasal eczema ni... Bimbang rasanya..
Maklum la baru blk dr klinik mohd sulaiman kat jln tok lam kuala terengganu... Org kate dia pakar kulit..kene pegi ptg sbb doc tu ade ptg je.. Huhuuuu.. Ok dipanggil nye nama terus masuk.. Doc plak.. Nmpak je adik terus bgtau adik sakit ape.. Huhuuu.... Baca kat bawah eh.. Dr keturunan???aduiii...sempat lg doc tu tengok lengan aku yg berkudis ni.. Tp mmg betul.. Mase kawen dulu aku kene scabis... Bertahan ngn ubat zrytec 10mg je... N till la peknen ku kurangkn dos.. Amik loradatine 5mg.. Mmt berkesan la.. Huhuuuu sbb tu kot adik kene eczema.. Sory ya adikkk...
Ok. Satu persatu diberi penerangan.. Ant pantang..
1. Suhu.. Adik tkboleh panas or terlalu sejuk dlm econ pun kene 24darjah ke atas.. Patot la...
2. Jauhkn dr sbun basuh.. Sabun mandi.. Guna sabun j&j je . sebamed pun tak boleh.. Patot laaaa....
3. Pantang mkkn... Adeiii yg ni susah ni
4. Jgn bg garu
5. Ape lg ek... Cepat lupa la.... Jauhkan seafood...

Ok keluarla.. Abg bg 150.. Tp aku da spare 400 huhuuu...
Time amik ubat. Nah hamik kau... 260.. Aduiii.. Nasib baik spare..

Apa itu Eczema??
ECZEMA merupakan penyakit kulit yang biasa diamai dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak dikecuali.

Penyakit eczema biasa berlaku dikalangan kanak-kanakberumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis".

"Atopic" adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "Oversensitivity".

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa.

Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-Gejala Eczema.

ACUTE ECZEMA
- Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
-Papules : pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK
-Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
-Kulit menebal kasar dan berkedut.

Punca -Punca Eczema
Sehingga kini punca sebenar penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya.Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetus Eczema seperti berikut:

Faktor-Faktor Dalaman ( Fizikal )
- Ahli keluarga yang mempunyai serajah yang mengalami penyakit eczema, asma dan allergi.
-Perubahan emosi ketara atau stress.
-Pemakanan atau minuman spt alkohol, produk tenusu , gandum , telur , makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor - Faktor Luaran ( Persekitaran )
- Bahan- bahan Iritasi : asap rokok, bahan kimia, Cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
- Alahan ( Allergens ) : Sabun , Syampu , serbuk bahan pencuci , kosmatik , kulat , debunga, haiwan peliharaan dan hame habuk rumah.

Apakah petua untuk menjaga kulit ini?

Hadkan penggunaan
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih, detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.

Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.

Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.
Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.

Losen
Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.
Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.

Berpeluh
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit. Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan.

Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk.

Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi. Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan tip-tip ini biarpun selepas kulit anda sudah pulih sepenuhnya.

Rawatan Alternetif adalah perlu selain pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi steriod yang banyak.
Di shaklee terdapat set vitamin yang mempu mengawal keradangan Eczema.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut , boleh hubungi saya .

[Resipi] Kek Coklat Kukus

Resipi Kek Coklat Kukus Simple!
Oleh:Farrah Ffa
Like:www.facebook.com/bukuresepi

Bhn2 utk lapisan kek coklat:
1 cwn gula
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
3 biji telur (pukul smpi kembang n gebu)
1 cwn tpg naik sendiri (boleh guna 3/4 cwn if mahukan kek coklat lbh moist)
Cara2:
1.Campurkan semua bhn di atas kecuali telur dan tpg naik sendiri. Masak atas api yg kecil.kacau sebati.bila da masak, ketepikan dan sejukkan.
2. Bila dah sejuk, masukkan telur yg dipukul.kacau sebati.kemudian masukkan tpg naik sendiri. Kacau lg smpi tiada tepung yg berketul-ketul.(boleh tapis kalau ada tepung yg ketul2 tu, lagi cantik tekstur kek nanti)
***if guna tpg gandum, tambahkan 1 sdt baking powder & 1/2 sdt soda bikarbonat

Untuk topping:
1 cwn coklat masakan
2 sd besar margerin/planta
1/2 cwn susu pekat

Cara: campurkan semua bahan ke dalam periuk.masak menggunakan teknik double-boil (1 periuk berisi air kat bawah, periuk coklat masakan kat atas).biarkan sejuk dulu baru tuang atas kek ye..

[Resepi] Bahulu

Bahulu
Oleh:Suriani Osman
cc: www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
* 4 biji telur
* 1 cwn gula halus
* 1 sdt esen rose
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Pukul telur bersama gula hingga kembang
Masukkan esen rose
Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
Sapu acuan dengan minyak masa, panaskan acuan dlm oven. Masukkan sedikit adunan dalam acuan.
Bakar suhu 180' selama 10 minit atau bergantung pd oven masing2

selamat mencuba!

[Resepi] NUGGET AYAM ABANG WAN



NUGGET AYAM ABANG WAN
Oleh:Cigu Naz
Like:www.facebook.com/bukuresepi

2 ketul daging ayam bahagian dada (anggaran 500 gram) - dicincang 
Sekeping tauhu putih - dicincang (boleh juga guna tauhu lembut)
2 biji telur - dipukul
6 keping roti gardenia - dibakar dan dikisar halus (boleh juga guna serbuk roti putih yg telah siap dijual dikedai)
Bread crums(oren) secukupnya
Sesudu kecil serbuk lada sulah dan lada hitam
Garam

Cara penyediaan :

-Satukan ayam, tauhu putih, 5 sudu roti gardenia yg telah dibakar dan dikisar(selebihnya simpan), serbuk lada hitam dan lada sulah serta garam secukup rasa.(perap sebentar)
- Bentukkan ikut suka kemudian celup dalam telur dan salut dengan lebihan roti gardenia yg telah dibakar dan dikisar tadi.
- Celupkan sekali lagi ke dalam telur dan salut pula dengan bread crums(oren).
- Goreng secara deep fry atau boleh juga disejuk bekukan utk disimpan.

Tips:
- Pastikan adunan kering dan jangan tambah air langsung.
- Jangan masukkan lemak atau kulit ayam.
- Untuk rasa ayam sebenar elakkan dari campurkan tepung sebaliknya letak tauhu untuk lebih gebu.
- Jangan dibentuk terlalu tebal.
- Untuk lebih sedap boleh tambah kiub pati ayam dan sayuran mengikut cita rasa masing-masing.
- Perisa boleh dipelbagaikan seperti tambah serbuk kari untuk lebih pedas atau boleh juga ditambah cheese mengikut kreativiti masing-masing.

[Resepi] Bebola cheese ala KFC (Home made)

Sumber dr Fb Buku Resepi

Bebola cheese ala KFC (Home made)
Oleh:Eyra Amira Farhana
Like:www.facebook.com/bukuresepi

BAHAN2:
1-350 gram ubi kentang( direbus dengan sedikit garam dan gula secukup rasa)
2-250 gram tpg gandum( saya guna sehingga adunan sebati ja dan mix sedikit tepung jagung untuk bagi rangup)
3-5 biji telor( saya guna 1 ja sebab ubi kentang sikit,bergantung jumlah ubi kentang yang digunakan)
4-serbuk lada( saya tak guna sebab dah habis..huhu)
5-250 gram keju yang dipotong dadu
6-serbuk roti secukupnya

cara2:
1- ubi kentang yang direbus tadi dilenyek sehingga hancur( blender ja senang..hehe)
2-tabur lada,tepung sehingga sebati
3-ambil adunan sebesar bebola leperkan dan masukkan keju ditengah dan bulatkan( seperti dalam gambar)
4-golekkan dalam serbuk roti
5-golekkan dalam telor yang telah dipukul
6-kemudian golekkan sekali lagi dalam serbuk roti sehingga semua bersalut rata
7- gorengkan dalam minyak yang panas sehingga warna menjadi keperang perangan dengan api yang sederhana sebab serbuk roti cepat hangus nanti
8- angkat dan boleh dimakan dicicah bersama sos cili.

Fawwaz meniarap

Yeayyyyy adik da boleh niarap tanggal 23.12.2013 umurr nyaaaa silakira yeee...ni ha skill adik memula nk niarappp

11.12.13

Sajenk post...sbbtarikhcun... Stat 9.12 ritu adik da kene letak kat pengasuh.. Anak kak na.. Huhuuu.. Sedih tengok bile nk tinggalkan adik.. Adik plak mesti pikir.. Knape ibunye tinggal kan kuu.. Huuu sedihh.. Lepas tingal cepat2 lari.. Tk sangup tengok..mau saje brenti kijeeee tppppp....

SCR 6 kereta pertama adik

Assalamualaikummm... Da msuk 3 bulan pun... Tup..tuppp ni haaaa  hadiah adik sempena 3 moon...
Best la aik dpt kereta. Honda plak tu.. Ibu pakai myvi je... Ayah kelisa sekeng... 

Alkesah nyeee pegi ke kb.. Nk bali baju adik maklum la semua da ketat2... So skli la servey kete adik... Ayah g kat parkson.. Mcm2 rege ad. Tp diriku tertarik pd scr.. Tengok regeeee  600 uuhh.. Mane mungkin abg nk bli.. Mahal gileee... Abg nk beli yg 200 je.. Cuba pujuk hati... Huhuuu dlm hati.. Kalau abg beli yg 200 mau kumpul duit nk dptkn jugak yg scr ni.. Huhhh punye azammmm


Sonk servey lg.. G kat anakku... Ok la jugak. Try lg kat si manja blakang tedco kota baru... Kat sini lg banyak stoller.. Huhhh rambang mate.. Tengokkk ade lg scr ni.. Nyampahhhh

Bg berkenan lg yg rege 200 tu.. Haishhh... Aaaa tp mau scrrr.. Tp abg cam paham je... Bini die nk scrrr.. Last2 decideee.... Scrr.. Yeayyyyy dpt jugak penuhi impaian syy... Rege nye 559... Adik pun tersenyum riang tengok ibu nye gumbira... Tq ayahhhh